Monday, April 27, 2009

tergamam..

Hari ini saya ada kelas Grundlagen der Elektrotechnik( basic elektrikal) dua masa. Pada masa yang pertama, 'lecturer' tersebut hanya memberi nota-nota. Tamat masa pertama, saya ada masa rehat selama dua jam.. Keboringan yang terlampau. Saya pun membuat keputusan untuk menyiapkan tugasan Informatik 1 yang belum selesai. Tugasan itu hanya mengambil sedikit masa sahaja.. Kemudian saya pergi ke 'library' untuk mencari buku Werkstoffe kerana saya selalu menghilangkan diri sewaktu kelas tersebut berjalan.. Hahaha.. Oleh sebab masih mempunyai masa, saya pun pergi ke meja dan cuba belajar apa yang diajar oleh 'lecturer' sebentar tadi. Masa kedua bermula, dan masa ini ialah masa untuk berbincang tentang latihan-latihan. Saya tergamam seketika tatkala disuruh menerangkan satu soalan di depan. Ya Allah!! Saya 'seriously' rase semacam, dah la x 'terer' sangat berbahasa german. Ada ke disuruhnya explain kat depan? Alhamdulillah saya berjaya juga menerangkannya dengan baik. Dan ada yang mengetuk meja menandakan bagus.. Saya amat bersyukur.. Dan yang pasti saya khuatir dia akan memanggil lagi di masa-masa hadapan.. Mungkinkah???

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails