Hari ni hari yang mendung kerana matahari tidak menyinari bumi reutlingen. Hanya sekadar menempiaskan sinarannya.Saya ada satu kelas yang sepatutnya dihadiri iaitu, kelas math. Saya bertanya pada kawan sekuliah tentang masa kelas tersebut kerana saya tak pasti sama ada masa kelas tersebut sudah berubah atau belum.. Hampa! Kawan saya membalas mesej ;' Ye kot..Sue g la..blaja bersungguh2!!'.. Apakah maksudnya? hmm. tentu boleh diagak kan.. mestilah dia tidak mahu ke kelas lagi.. Apa nak jadi?? Dalam perjalanan saya ditegur oleh kawan sekuliah yang saya tolong ajarnya pengiraan.
Semasa sesi pembelajaran, ada ketikanya saya dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh 'lehrer' dengan baik. Dia seperti dapat mengetahui yang saya boleh melakukan pengiraan yang saya rasakan 'mudah' tanpa mengunakan kalkulator pabila dia bertanyakan samada saya sudah mendapat jawapan atau belum. Hahaha.. Gembira dan riangnya hati ini.
No comments:
Post a Comment