Saturday, September 19, 2009

Selamat hari raya

Diam x diam sekarang dah dekat dengan raya, bermakna Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua untuk tahun. Dapatkah kita berjumpa lagi dengannya. Hari Khamis dah nak kena balik ke Germany.. Sedihnya.. :( Minggu lepas teramatlah sibuk dengan membuat biskut raya. Taklah banyak, cukup untuk beraya sahaja. Adik-adik paling banyak membantu, pantang dengar saya nak buat biskut terus bersemangat. Ditolongnya dari awal sampai akhir,dari mengayak tepung hinggalah ke 'finishing'.

Raya kali ini kami beraya tanpa Abang Long dan adik pertama saya, Abdul Baith. Pernah juga adik saya bertanyakan mengapa mereka tidak balik. Mungkin teringat kenangan raya bersama. Buat Long dan Ith, janganlah bersedih tak dapat beraya bersama. Ada sesuatu menunggu di sana. hehehe..

Oh ye, disebabkan ramai juga kawan-kawan saya yang mempamerkan hasil biskut air tangan mereka sendiri, jom saya tunjukkan apa yang telah saya bersama adik-adik telah siapkan untuk raya kali ini. Semoga anda berpuas hati.

Bicara terakhir sebelum menutup kalam buat kali ini, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini andai kata saya pernah mengguriskan hati dalam sedar atau tidak..



biskut coklat urai



biskut permata hati



biskut kelapa



biskut badam



biskut bintang



kek marble yang bertopping



akhir sekali, kek coklat yang telah dipotong.

2 comments:

aqilahamira said...

selamat hari raya sue!!sedapnze kuih2 sue..jeles lak..jgn lupe bawak sikit dtg sini ek..heeee

Unknown said...

nak kek.... huahua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails