Tuesday, May 26, 2009

Weekend yg penuh bermakna

Weekend lepas program saya teramat lah penuh. Hari khamis merupakan hari cuti di negara German, namun pada hari tersebut saya x bercuti pun disebabkan Reutlingers di Heilbrunnen ini ingin mengadakan majlis BBQ bersempena dengan sambutan hari kelahiran kak has, senior perempuan yang sudah berkahwin. Kak Atikah, housemate dan saya ditugaskan untuk membuat puding kastard dan juga sos BBQ. Penat dan lenguh pabila terpaksa mengacau puding tersebut di atas hot plate.Saat baru saya mensyukuri dapur Malaysia yang menggunakan api dan bukannya elektrik.. lebih cepat dan mudah. Keesokannya izi datang ke rumah kerana hari sabtu kami akan pergi ke stuttgart untuk berjumpa kawan-kawan yang lain. Pada malam tersebut kami menyediakan popia untuk dibawa bersama. Izi menunjukkan kepakarannya dalam bidang masakan. Saya sekadar membantu apa yang patut.
Saya pula membawa bekal sandwich. Tiba di Stuttgart, kami berpelukan antara satu sama lain. Sudah lama kami x berjumpa walaupun belum setahun lagi. Malangnya pada pertemuan kali ini, dua orang lagi kawan x dapat datang. Antara aktiviti yang dilakukan ialah bershopping, makan KFC dan paling menarik berkelah di Schlossgarten.
hampir setiap orang yang datang membawa bekal yang tersendiri.
Hari Ahad pula saya pergi ke rumah seorang senior yang baru sahaja mendapat bayi lelaki bernama 'Danish'. MasyaAllah sungguh comel bayi itu.. Kami dihidangkan dengan masakan Malaysia, nasi beriani dan juga laksa Johor. Alhamdulillah kerana saya masih berkesempatan untuk merasa nasi beriani walaupun jauh dari tanah air tercinta.
Hari Isnin pula saya dan izi ke Albstadt untuk mendengar ceramah dr ustaz yang terkemuka,UST Haji Zaharuddin Hj Abd Rahman. Kami menaiki tren seawal jam 7.09 pagi. Izi ditugaskan membantu kawan-kawan albstadt yang lain, menguruskan hidangan untuk ceramah tersebut.Alang-alang berada di sana, saya turut membantu sedikit sebanyak.
Ceramah tersebut amat berharga buat diri ini yang berada di perantauan. Betapa susah untuk memperoleh ilmu islam jika tidak kita berusaha sendiri lebih-lebih lagi untuk menguatkan diri dari terjebak ke dalam arus dunia.


1 comment:

bahiah said...

ustaz zaharuddin ni ada tulis catatan dia pegi bgi cramah kat korang dlm harian metro. saya ada baca.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails